Enter your keyword

Tuesday, 17 January 2017

Selamat Datang Ke Blog BisnesHub Abang Ngah

By On 04:47



Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera,

Abang Ngah ucapkan terima kasih kerana sudi hinggap ke blog Abang Ngah dan Abang Ngah juga nak ucapkan selamat datang.

Tujuan Abang Ngah membuka blog ni adalah untuk membantu adik-adik yang ingin memulakan perniagaan di Malaysia ini.

Abang Ngah dah menceburi bidang perniagaan ni dalam lebih kurang 14 tahun. Jadi adalah serba sedikit pengetahuan yang Abang Ngah boleh limpahkan kepada adik-adik. Nak kata pandai sangat tak lah juga. Cuma mungkin ilmu dan pengetahuan yang Abang Ngah dah kumpul boleh digunapakai untuk adik-adik. 

Sekiranya ada maklumat yang Abang Ngah paparkan dekat sini yang sudah tidak boleh digunapakai atau maklumat dah lapuk, harap maafkan ye, dan kalau boleh contact Abang Ngah dan share sikit dengan Abang Ngah ni supaya maklumat dalam blog ni boleh diperbaiki untuk dijadikan rujukan untuk adik-adik yang lain.

Perkara-perkara yang ingin Abang Ngah sentuh dalam blog ni akan mengkhusus kepada perniagaan, cara-cara pertubuhan, pengurusan kewangan dan sebagainya. 

Harapan Abang Ngah hanya satu, semoga perjalanan adik-adik yang ingin menceburi bidang perniagaan akan menjadi lebih mudah dengan maklumat yang dipaparkan di blog ni. Tak perlulah adik-adik terhegeh-hegeh macam Abang Ngah dulu ye.

Sekian.

Popular